Red Rose

Saturday, June 19, 2010

sent by sharil ariff

Ya Allah..

seandainya telah engkau catatkan..dia milikku,tercipta untukku..satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..seiringkanlah kami melayari hidup ini..ke tepian yang sejahtera dan abadi..

tetapi Ya Allah.. jika seandainya telah Engkau takdirkan..dia bukan milikku..bawalah dia jauh dari pandangan ku..luputkanlah dia dari ingatanku..dan pelihara lah aku dari kekecewaan..
Dan Ya Allah Yg Maha Mengasihi..

gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak serupa dengannya..

pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnaya apa yang telah Engkau takdirkan.. adalah yang terbaik buatku..kerana Engkau Maha Mengetahui,.apa yang terbaik untuk hambamu..

Ya Allah..

cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan hambamu yang daif ini..janganlah Kau biarkan aku bersendirian..di dunia dan di akhirat.menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

maka, kurniakan lah aku seorang pasangan yang beriman.semoga aku dan dia dapat bersama-sama membina kesejahteraan hidup..ke arah yang Engkau redhai..dan kurniakanlah aku zuriat yang soleh, sebagai penyambung perjuangan agama-Mu..


Amiin..Ya Rabbal Alamin..






*agak similar dengan my 'i like and i quote'*

No comments:

Post a Comment

speak:::